the true wnaz

the true wnaz

Wednesday, September 29, 2010

Penilaian Melalui Pemerhatian


Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.

Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.

1. Fahami asas kepada pemerhatian

    • menyedari keadaan sekeliling
    • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
    • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
    • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan

    • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
    • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
    • membuat pelan sampel
    • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
    • melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;

  • tahap efisien pembelajaran mereka
  • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
  • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.



KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.


FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

* Pelajar mengenal pasti dan merekod

· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

· bukti menunjukkan objektif tercapai

· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

* Menghasilkan kerja yang terancang

* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya


BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

  1. Penilaian objektif tugasan

· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

  1. Hasil Pembelajaran

· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

  1. Penilaian

· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny



FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:

· Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru

· Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

Tuesday, September 21, 2010

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA SOALAN

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA SOALAN

a)Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)

b)Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
c)Menulis soalan.
d)Mentadbir ujian.
e)Menganalisa keputusan
f)Menilai pengajaran.
g)Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

Saturday, September 18, 2010

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAn


TUJUAN
  1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
  2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
  3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
  4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
  5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
  6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
  7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar.
  8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
  9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
  10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.
KEPENTINGAN
  1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
  2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
  3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
  4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.
  5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN
  1. Kesahan
  2. Kebolehpercayaan
  3. Keobjektifan
  4. Kebolehtadbiran
  5. Kebolehtafsiran
>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.


Pengujian


* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
  2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
  3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
  4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.
Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
  2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
  3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
  4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:
  1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
  2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
  3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

TAKSONOMI DAN DOMAIN


Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.

Taksonomi Krathwohl

Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Friday, September 17, 2010

PEMBINAAN UJIAN

1. Ujian Objektif
  • ia memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul dan paling baik.
  • pemeriksa yang berlainan akan memberikan markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama.

- ia terbahagi kepada dua iaitu :

  1. item respon bebas - memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. Contohnya, jawapan di hujung soalan dan melengkapkan pernyataan.
  2. item respon tetap - memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Contohnya, item dua pilihan seperti betul-salah, setuju-tak setuju. Selain itu, soalan padanan dan soalan aneka pilihan.

- ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ;

  1. stimulus(rangsangan) - bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan ; berbentuk teks,grafik,jadual/perbualan.
  2. stem - bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
  3. jawapan pilihan - bahagian soalan yang mengandungi pilihan jawapan (A B C D)(i ii iii iv) yang biasanya berbentuk angka, simbol, masa, gambar rajah dll.

- prinsip pembinaan soalan objektif :

  • elakkan meletakkan jawapan semua di atas.
  • elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jawapan.
  • pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya hendaklah mempunyai perkaitan langsung dengan soalan.
  • elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dan berbunga-bunga.
  • tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan.
  • elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami.

2. Ujian Subjektif

  • satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan,pengalaman,kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
  • ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

~ item jenis struktur

  • item disusun dan diatur secara automatik serta berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar / berkaitan dengan satu2 tema.
  • terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan2 yang disertakan pada soalan.
  • beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item2 yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.
  • ia juga mengandungi item objektif dan item esei.

~ item jenis esei

  • memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.
  • gerak balas memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpul fakta, menilai fakta, mengatur idea dan menggembleng idea2 secara logik untuk menghasilkan jawapan asli.
  • ia boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.
  • tindak balas bersifat subjektif --> berbeza dari segi mutu / merit.

~ Prinsip pembinaan soalan esei :

  • penulis semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran --> soalan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
  • arahan jelas iaitu panjang jawapan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (isi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.
  • soalan ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga2.
  • aras kesukaran perlu setara.

~ Jenis item terbahagi kepada dua iaitu :

  • tindak balas terhad - membataskan isi dan bentuk tindak balas. Had kepada skop / topik tertentu. Ukur aras kognitif isi yang terbatas --> kurangkan masalah kebolehpercayaan pemarkahan.
  • tindak balas lanjutan.

PEMBENTUKAN SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOMI BLOOM

Pelopor : Benjamin Samuel Bloom.
Tujuan: Membina pemikiran dan pemahaman.
Contoh :
Menjawab soalan berdasarkan pemahaman petikan.
Menyatakan isi penting dalam cerita.

ARAS PENGETAHUAN

TUJUAN :
Mengingat semula perkara-perkara yang telah dipelajari tanpa perubahan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

OJEKTIF UMUM :Mengetahui

OBJETIF KHUSUS :
žMampu menyatakan,
žMenuliskan,
žMelabelkan.

KOSA KATA POPULAR :
žLabelkan
žSenaraikan
žNyatakan
žManakah
žApakah
žBerikan

CONTOH SOALAN :
1.Apakah maksud perkataan leka?
A.Lalai.
B.Prihatin.
C.Rajin.
D.Malas.

2. Di manakah letak ibu negara Malaysia?
A.Surabaya.
B.Kuala Lumpur.
C.Kota Kinabalu.
D.Kangar.

ARAS KEFAHAMAN


TUJUAN :
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi makna kepada sesuatu perkara, dan menjangkakan kemungkinan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilustrasi dalam bahasanya sendiri.
i.Terjemahan isi
ii.Tafsiran maklumat.
iii.Aras ekstrapolasi / tafisran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

OBJEKTIF UMUM :
Dapat memahami,menelaah, dan menjelaskan.

OBJETIF KHUSUS :

* Membanding,
* Membezakan,
* Menulis,
* Merumuskan semula.

KOSA KATA POPULAR :
Terangkan
Jelaskan
Huraikan
Tukarkan
Mengapakah
Bandingkan
Bezakan
Ringkaskan

Contoh soalan :
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

1. Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.

A.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
B.Bagai aur dengan tebing.
C.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
D.Bagai tikus membaiki labu.

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.

2.Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar __________ di sekolah tersebut.
A.Buaya darat.
B.Kaki bangku.
C.Ulat buku.
D.Putih mata.

ARAS APLIKASI


TUJUAN :

* Menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak).
* Menyelesaikan masalah / situasi maujud (konkrit).

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menyelesaikan masalah bukan rutin atau masalah baharu.
* Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman, dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
* Penekanan : kaedah, hukum, teori.

OBJEKTIF UMUM :
Menunjukkan, menyelesaikan, menggunakan.

OBJETIF KHUSUS :
Menyediakan, menghubungkan, mengira, mengendalikan, menggunakan.

KOSA KATA POPULAR :
Selesaikan
Binakan
Carikan
Tunjukkan
Kirakan
Demonstrasikan
Bagaimana
Berikan

CONTOH SOALAN :
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1)
I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti.
II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.
III.“kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak,” kata Pak Ali.
IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

2)
I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan.
III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan minggu depan.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

ARAS ANALISIS


TUJUAN :

* Menaakul, mencari sebab dan musabab.
* Meleraikan suatu komunikasi / tajuk kepada beberapa bahagian.

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menganalisis, memecah atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membuktikan.

OBJEKTIF UMUM :

Mencerakinkan, menjelaskan, menilai kerelevanan data dan menaakul.

OBJETIF KHUSUS :
Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi.

KOSA KATA POPULAR :
Bandingkan
Bezakan
Buktikan
Beri sebab
Buat analisis
Cerakinkan
Tafsirkan
Klasifikasikan

CONTOH SOALAN :
Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat.

1.Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud
A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat.
B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan.
C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh.
D.Medapat perhatian daripada orang lain.

Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat berjalan semula.
2.Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat?
A.Menunjukkan ketabahan.
B.Memberikan perangsang.
C.Menjalani pemulihan.
D.Membina ketahanan.
ARAS SINTESIS


TUJUAN :
Membentuk sesuatu yang baharu.

CIRI SOALAN :

* Memerlukan calon merancang, mereka / mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif daripada penggabungan pelbagai unsur.
* Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah, prosedur atau cadangan.
* Menguji kebolehan calon unuk mencantumkan, menggabungkan, mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea berkaitan.

OJEKTIF UMUM :
* Menukis karangan, mencadangkan suatu pandangan.
* Menghasilkan karya.

OBJETIF KHUSUS :
* Menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.

KOSA KATA POPULAR :
Rancangkan
Rumuskan
Sediakan
Cadangkan
Karangkan
Gubahkan
Gabungkan
Mereka bentuk
Kumpulkan
Susunkan

CONTOH SOALAN :
1.Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang lengkap.

Masak sebiji di atas peti
Hutang budi dibawa mati
Pisang emas dibawa belayar
Hutang emas boleh dibayar

_________________________,
_________________________;
_________________________,
_________________________.

2. Aminah lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menduduki peperiksaan PMR?
A.1997
B.1998
C.1999
D.2000

ARAS PENILAIAN

TUJUAN :
Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi , mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.

OBJEKTIF UMUM :
Menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.

OBJEKTIF KHUSUS :
Menilai, membuat pertimbangan.

KOSA KATA POPULAR :
Bincangkan
Nilaikan
Beri pendapat
Beri justifikasi
Pertimbangkan
Sejauh mana
Rumuskan
Tafsirkan
Bandingkan
Ulaskan

CONTOH SOALAN :
1.Beri pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan tinggal di asrama.
2.Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Bincangkan pernyataan tersebut.

DOMAIN AFEKTIF KRATHWOHL , 1964
(TAKSONOMI OBJEKTIF AFEKTIF)

Pelopor : David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram B. Masia.

Berkaitan : Perasaan, emosi, dan perkara-perkara kurang nyata dalam sesuatu subjek.
Penekanan : Perubahan tingkah laku pelajar pada akhir sesuatu pembelajaran.
Peranan guru : Pupuk perasaan suka dan minat dalam kalangan murid alam subjek yang diajarnya.
PERINGKAT PENERIMAAN
KONSEP :

*
Murid diberi kesedaran akan sesuatu fenomena dan ransangan.
*
Murid memberi perhatian terhadap ransangan tersebut.
*
Langkah terawal dalam sesuatu pembelajaran.

KATEGORI :
1) Keinginan dan kesanggupan menerima :
§Kesanggupan memberi perhatian.
§Mendengar ucapan / pendapat orang lain.
§Menghormati kebudayaan berlainan.

2) Kesedaran :
§Faktor :
§Estetik.
§Reka bentuk.
§Kecantikan sesuatu benda.
§Pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.

3) Perhatian terkawal :
§Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan.
§Contoh :
§Menghayati orang mendeklamasi sajak.
OBJEKTIF UMUM :

*
Mendengar dengan berhati-hati.
*
Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
*
Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
*
Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
*
Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.


OBJEKTIF KHUSUS :

*
Menyoal.
*
Memilih.
*
Menghuraikan.
*
Mengikut.
*
Mengenal pasti.
*
Menamakan.
*
Menggunakan.

PERINGKAT BERTINDAK BALAS
KONSEP :

*
Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau ransangan.
*
Mengambil bahagian secara aktif.
*
Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas.


KATEGORI :
1) Persetujuan membalas :

*
Setuju untuk ikut peraturan.
Contoh :
Senaraikan 5 teknik (peraturannya 5 teknik).

2)Kesediaan membalas :

*
Sukarela.

3)Kepuasan membalas :

*
Merasa suka / senang dalam pembelajaran (capai objektif).


OBJEKTIF UMUM :

*
Arahkan pelajar melengkapkan kerja rumah.
*
Respon pelajar sebagai bukti penglibatan dalam kelas.
*
Seronok membantu rakan.
*
Secara sukarela.

OBJEKTIF KHUSUS :

*
Menulis tentang isi pelajaran.
*
Menjawab soalan.
*
Melafazkan sesuatu.
*
Menyatakan.Main peranan.

PERINGKAT MENILAI

KONSEP :

*
Kemahiran membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda dan tingkah laku.
*
Berdasarkan penghayatan suatu set nilai spesifik.

KATEGORI :
1. Penerimaan :
ØMurid punya minat yang baik.
ØKeinginan menguasai sesuatu yang baik.
2. Pilihan :
ØUsaha memperoleh suatu nilai yang telah dipilih.
3. Penglibatan :
ØLibatkan diri dalam perbincangan.
ØLibatkan arahan ketua kelas.
OBJEKTIF UMUM :

* Menghargai karya orang lain.
* Menunjukkan sikap menyelesaikan masalah.
* Bekerjasama.

OBJEKTIF KHUSUS :

* Berbincang dengan rakan-rakan.
* Melaporkan.
* Mencadangkan.

PERINGKAT ORGANISASI

KONSEP :

*
Pelajar mengorganisasikan / mengaplikasikan nilai.
*
Pelajar dapat membezakan nilai penting dan kurang penting.

KATEGORI :
1. Tanggapan :
oMampu mencipta konsep yang abstrak.
2. Organisasi :
oHidup sekelompok.
oKebolehan menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan.
oMembentuk suatu sistem.

OBJEKTIF UMUM :
Pelajar mampu mereka cipta (nilai estetika).
Contoh :
Reka baju tradisi.
OBJEKTIF KHUSUS :
Mampu membina / mereka.Mampu membina karangan.

PERINGKAT PERWATAKAN

KONSEP :
Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF UMUM :

*
Kebolehan mengekalkan nilai-nilai.
*
Perwatakan : disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

KATEGORI :
1. Set am :

* Sedia mengubah pertimbangan, dan mengubah tingkah laku mengikut maklumat baharu
* Melihat masalah dengan cara yang objektif, realistik, dan sabar.
* Menggunakan cara-cara yang objektif, dan perancangan sistematik untuk menguasai sesuatu.
* Optimis akan berjaya.

2. Perwatakan :
* Membentuk kod tingkah laku berdasarkan prinsip-prinsip etika untuk panduan kehidupan sehari-hari.
* Membentuk falsafah hidup yang konsisten.
* Membentuk suara hati atau kesedaran batin.

PENILAIAN BERASASKAN PROJEK

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Pengenalan

Penilaian ini merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).

Ciri-ciri penilaian projek

  • Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)
  • Berbentuk jangka panjang
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
  • Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar.
  • Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam kumpulan secara koperatif.
  • Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan
  • Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
  • Menilai pelajar dari segi :

-kreativiti,

-kemahiran merancang,

-integrasi pengetahuan,

-kebolehan membuat tugasan bersama orang lain

-pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu

-melaksana dan menghasilkan sesuatu

-pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

-aktiviti yang bermakna

  • Dengan itu, penilaian projek ini dapat:

-mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar

-memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik

-membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik mungkin.

Jenis-jenis penilaian projek

  • Latihan dan soalan ’open ended’ untuk pelajar hasilkan secara lisan dan bertulis (main peranan)
  • Extended tasks assignment-menulis puisi, menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
  • Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi
  • Tugasan prestasi-drama, lakonan, persembahan dan model.