the true wnaz

the true wnaz

Thursday, September 2, 2010

Bentuk ujian - Ujian Objektif

BENTUK-BENTUK UJIAN

A.Ujian Objektif
B.Ujian Subjektif


Ujian Objektif

  • Ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.
  • Pelbagai jenis item objektif tetapi terdapat satu ciri yang serupa iaitu ia menghidangkan kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang boleh dibuat.


Ciri-ciri Ujian Objektif


a)Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan yang telah disediakan
b)Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir
c)Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian
d)Ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar itu.
e)Keadilan sepenuhnya dalam permarkahan
f)Padat dan ringkas


Jenis-jenis Ujian Objektif

a)Item jawapan pendek
b)Item objektif jenis pilihan
c)Item aneka pilihan
d)Item betul-salah
e)Item padanan
f)Item key list
g)Item aturan terbaik
h)Item objektif Kloz


Kebaikan
I.Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.
II.Tidak menggalakan penipuan.
III.Boleh di skor dengan tepat.
IV.Pemeriksaan boleh dipercayai


Kelemahan
I.Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
II.Tidak dapat mengukur keaslian.


No comments:

Post a Comment