the true wnaz

the true wnaz

Thursday, September 9, 2010

KONSEP PENTAKSIRAN

Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.
Tahap, status, nilai.
Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.
Merangkumi skala ordinal atau skala selang.
Menentukan kedudukan / pencapaian murid.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

* Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
* Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
* Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
* Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

No comments:

Post a Comment