the true wnaz

the true wnaz

Tuesday, September 7, 2010

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU).

DEFINISI :
Jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya iaitu
i. Konstruk yang ditaksir,
ii. Pemberatan tiap-tiap konstruk,
iii. Konteks,
iv. Pemberatan tiap-tiap konteks,
v. Taburan aras kesukaran.

CIRI-CIRI JSU :

1) Matriks yang terdiri daripada 2 paksi (ketetapan) iaitu:
a. Menegak (kandungan).
b. Melintang (aras kemahiran).

2) Mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.

3) Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran.

4) Aras kemahiran mengikut taksonomi objektif pendidikan.

5) Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan :
a. Tempoh masa mengajar.
b. Kepentingan sesuatu kemahiran.

6) Bentuk ujian :
a. Objektif.
b. Esei.
c. Amali.
d. Kertas kursus.

7) Bilangan item mengikut :
a. Bentuk.
b. Kandungan.
c. Aras kemahiran.

8) Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.

KEPENTINGAN JSU :
1) Bina soalan berdasarkan asas (tidak sembarangan).
2) Menjamin kesahan isi kandungan ujian.
3) Kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran dapat ditimbulkan.
4) Menyeimbangkan antara topik dan aras kemahiran.
5) Panduan membentuk format ujian.
6) Panduan membentuk soalan.
7) Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
8) Menentukan bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
9) Bandingkan ujian dengan ujian lain.

4 SYARAT JSU :
1. Ujian tidak dibina sembarangan.
2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji.
3. Memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian.
4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

Kepentingan JSU

· Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.

· Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran

· Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

· Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

· Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

· Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

· Bentuk dan panjangnya ujian

· Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

· JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

· Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

· Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

· Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.

· Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

· Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.


Jumlah Soalan


Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.


5 comments: