the true wnaz

the true wnaz

Thursday, September 2, 2010

Penilaian

Penilaian
  • satu aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajran.

KONSEP PENILAIAN :
· Proses pengumpulan maklumat.
· Proses membuat analisis.
· Selepas peperiksaan dan pentaksiran.
· Tindakan selanjutnya.

  • Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian Formatif

  • Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
  • Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan p&p serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.

Penilaian Formatif

  • Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses p&p, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.

Penilaian Sumatif

  • Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
  • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Prosedur Penilaian :
1) Persediaan Ujian.
2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
3) Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
4) Buat Analisis.
5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Cara Melaksanakan Penilaian
  • Terdapat dua cara melaksanakannya :
    1.Informal
    -Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
    2.Formal
    -Seperti ujian pensel dan kertas.
  • Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
  • Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
  • Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
  • Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
  • Rekod prestasi akan menunjukksn pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.

    Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah :

    * Mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajara yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
    * Menolong guru mengetahui sejuh manakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan .
    * Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
    * Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.
    * Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan pengayaan.
    * Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.
    * Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.
    * Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.



1 comment:

  1. Bet365 Casino Review 2021 » 200% up to $100
    › bet365-casino-review 온라인슬롯사이트 안전 사이트 › bet365-casino-review Read our review of Bet365 Casino, available across 넷마블 바카라 multiple platforms and payouts. Find out if bet365 has an impressive selection of slot 프라하 사이트 games, table games and live 스포츠 벳

    ReplyDelete