the true wnaz

the true wnaz

Friday, September 17, 2010

PEMBENTUKAN SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOMI BLOOM

Pelopor : Benjamin Samuel Bloom.
Tujuan: Membina pemikiran dan pemahaman.
Contoh :
Menjawab soalan berdasarkan pemahaman petikan.
Menyatakan isi penting dalam cerita.

ARAS PENGETAHUAN

TUJUAN :
Mengingat semula perkara-perkara yang telah dipelajari tanpa perubahan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

OJEKTIF UMUM :Mengetahui

OBJETIF KHUSUS :
žMampu menyatakan,
žMenuliskan,
žMelabelkan.

KOSA KATA POPULAR :
žLabelkan
žSenaraikan
žNyatakan
žManakah
žApakah
žBerikan

CONTOH SOALAN :
1.Apakah maksud perkataan leka?
A.Lalai.
B.Prihatin.
C.Rajin.
D.Malas.

2. Di manakah letak ibu negara Malaysia?
A.Surabaya.
B.Kuala Lumpur.
C.Kota Kinabalu.
D.Kangar.

ARAS KEFAHAMAN


TUJUAN :
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi makna kepada sesuatu perkara, dan menjangkakan kemungkinan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilustrasi dalam bahasanya sendiri.
i.Terjemahan isi
ii.Tafsiran maklumat.
iii.Aras ekstrapolasi / tafisran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

OBJEKTIF UMUM :
Dapat memahami,menelaah, dan menjelaskan.

OBJETIF KHUSUS :

* Membanding,
* Membezakan,
* Menulis,
* Merumuskan semula.

KOSA KATA POPULAR :
Terangkan
Jelaskan
Huraikan
Tukarkan
Mengapakah
Bandingkan
Bezakan
Ringkaskan

Contoh soalan :
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

1. Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.

A.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
B.Bagai aur dengan tebing.
C.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
D.Bagai tikus membaiki labu.

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.

2.Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar __________ di sekolah tersebut.
A.Buaya darat.
B.Kaki bangku.
C.Ulat buku.
D.Putih mata.

ARAS APLIKASI


TUJUAN :

* Menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak).
* Menyelesaikan masalah / situasi maujud (konkrit).

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menyelesaikan masalah bukan rutin atau masalah baharu.
* Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman, dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
* Penekanan : kaedah, hukum, teori.

OBJEKTIF UMUM :
Menunjukkan, menyelesaikan, menggunakan.

OBJETIF KHUSUS :
Menyediakan, menghubungkan, mengira, mengendalikan, menggunakan.

KOSA KATA POPULAR :
Selesaikan
Binakan
Carikan
Tunjukkan
Kirakan
Demonstrasikan
Bagaimana
Berikan

CONTOH SOALAN :
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1)
I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti.
II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.
III.“kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak,” kata Pak Ali.
IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

2)
I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan.
III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan minggu depan.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

ARAS ANALISIS


TUJUAN :

* Menaakul, mencari sebab dan musabab.
* Meleraikan suatu komunikasi / tajuk kepada beberapa bahagian.

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menganalisis, memecah atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membuktikan.

OBJEKTIF UMUM :

Mencerakinkan, menjelaskan, menilai kerelevanan data dan menaakul.

OBJETIF KHUSUS :
Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi.

KOSA KATA POPULAR :
Bandingkan
Bezakan
Buktikan
Beri sebab
Buat analisis
Cerakinkan
Tafsirkan
Klasifikasikan

CONTOH SOALAN :
Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat.

1.Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud
A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat.
B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan.
C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh.
D.Medapat perhatian daripada orang lain.

Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat berjalan semula.
2.Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat?
A.Menunjukkan ketabahan.
B.Memberikan perangsang.
C.Menjalani pemulihan.
D.Membina ketahanan.
ARAS SINTESIS


TUJUAN :
Membentuk sesuatu yang baharu.

CIRI SOALAN :

* Memerlukan calon merancang, mereka / mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif daripada penggabungan pelbagai unsur.
* Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah, prosedur atau cadangan.
* Menguji kebolehan calon unuk mencantumkan, menggabungkan, mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea berkaitan.

OJEKTIF UMUM :
* Menukis karangan, mencadangkan suatu pandangan.
* Menghasilkan karya.

OBJETIF KHUSUS :
* Menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.

KOSA KATA POPULAR :
Rancangkan
Rumuskan
Sediakan
Cadangkan
Karangkan
Gubahkan
Gabungkan
Mereka bentuk
Kumpulkan
Susunkan

CONTOH SOALAN :
1.Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang lengkap.

Masak sebiji di atas peti
Hutang budi dibawa mati
Pisang emas dibawa belayar
Hutang emas boleh dibayar

_________________________,
_________________________;
_________________________,
_________________________.

2. Aminah lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menduduki peperiksaan PMR?
A.1997
B.1998
C.1999
D.2000

ARAS PENILAIAN

TUJUAN :
Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi , mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.

OBJEKTIF UMUM :
Menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.

OBJEKTIF KHUSUS :
Menilai, membuat pertimbangan.

KOSA KATA POPULAR :
Bincangkan
Nilaikan
Beri pendapat
Beri justifikasi
Pertimbangkan
Sejauh mana
Rumuskan
Tafsirkan
Bandingkan
Ulaskan

CONTOH SOALAN :
1.Beri pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan tinggal di asrama.
2.Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Bincangkan pernyataan tersebut.

DOMAIN AFEKTIF KRATHWOHL , 1964
(TAKSONOMI OBJEKTIF AFEKTIF)

Pelopor : David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram B. Masia.

Berkaitan : Perasaan, emosi, dan perkara-perkara kurang nyata dalam sesuatu subjek.
Penekanan : Perubahan tingkah laku pelajar pada akhir sesuatu pembelajaran.
Peranan guru : Pupuk perasaan suka dan minat dalam kalangan murid alam subjek yang diajarnya.
PERINGKAT PENERIMAAN
KONSEP :

*
Murid diberi kesedaran akan sesuatu fenomena dan ransangan.
*
Murid memberi perhatian terhadap ransangan tersebut.
*
Langkah terawal dalam sesuatu pembelajaran.

KATEGORI :
1) Keinginan dan kesanggupan menerima :
§Kesanggupan memberi perhatian.
§Mendengar ucapan / pendapat orang lain.
§Menghormati kebudayaan berlainan.

2) Kesedaran :
§Faktor :
§Estetik.
§Reka bentuk.
§Kecantikan sesuatu benda.
§Pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.

3) Perhatian terkawal :
§Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan.
§Contoh :
§Menghayati orang mendeklamasi sajak.
OBJEKTIF UMUM :

*
Mendengar dengan berhati-hati.
*
Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
*
Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
*
Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
*
Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.


OBJEKTIF KHUSUS :

*
Menyoal.
*
Memilih.
*
Menghuraikan.
*
Mengikut.
*
Mengenal pasti.
*
Menamakan.
*
Menggunakan.

PERINGKAT BERTINDAK BALAS
KONSEP :

*
Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau ransangan.
*
Mengambil bahagian secara aktif.
*
Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas.


KATEGORI :
1) Persetujuan membalas :

*
Setuju untuk ikut peraturan.
Contoh :
Senaraikan 5 teknik (peraturannya 5 teknik).

2)Kesediaan membalas :

*
Sukarela.

3)Kepuasan membalas :

*
Merasa suka / senang dalam pembelajaran (capai objektif).


OBJEKTIF UMUM :

*
Arahkan pelajar melengkapkan kerja rumah.
*
Respon pelajar sebagai bukti penglibatan dalam kelas.
*
Seronok membantu rakan.
*
Secara sukarela.

OBJEKTIF KHUSUS :

*
Menulis tentang isi pelajaran.
*
Menjawab soalan.
*
Melafazkan sesuatu.
*
Menyatakan.Main peranan.

PERINGKAT MENILAI

KONSEP :

*
Kemahiran membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda dan tingkah laku.
*
Berdasarkan penghayatan suatu set nilai spesifik.

KATEGORI :
1. Penerimaan :
ØMurid punya minat yang baik.
ØKeinginan menguasai sesuatu yang baik.
2. Pilihan :
ØUsaha memperoleh suatu nilai yang telah dipilih.
3. Penglibatan :
ØLibatkan diri dalam perbincangan.
ØLibatkan arahan ketua kelas.
OBJEKTIF UMUM :

* Menghargai karya orang lain.
* Menunjukkan sikap menyelesaikan masalah.
* Bekerjasama.

OBJEKTIF KHUSUS :

* Berbincang dengan rakan-rakan.
* Melaporkan.
* Mencadangkan.

PERINGKAT ORGANISASI

KONSEP :

*
Pelajar mengorganisasikan / mengaplikasikan nilai.
*
Pelajar dapat membezakan nilai penting dan kurang penting.

KATEGORI :
1. Tanggapan :
oMampu mencipta konsep yang abstrak.
2. Organisasi :
oHidup sekelompok.
oKebolehan menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan.
oMembentuk suatu sistem.

OBJEKTIF UMUM :
Pelajar mampu mereka cipta (nilai estetika).
Contoh :
Reka baju tradisi.
OBJEKTIF KHUSUS :
Mampu membina / mereka.Mampu membina karangan.

PERINGKAT PERWATAKAN

KONSEP :
Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF UMUM :

*
Kebolehan mengekalkan nilai-nilai.
*
Perwatakan : disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

KATEGORI :
1. Set am :

* Sedia mengubah pertimbangan, dan mengubah tingkah laku mengikut maklumat baharu
* Melihat masalah dengan cara yang objektif, realistik, dan sabar.
* Menggunakan cara-cara yang objektif, dan perancangan sistematik untuk menguasai sesuatu.
* Optimis akan berjaya.

2. Perwatakan :
* Membentuk kod tingkah laku berdasarkan prinsip-prinsip etika untuk panduan kehidupan sehari-hari.
* Membentuk falsafah hidup yang konsisten.
* Membentuk suara hati atau kesedaran batin.

No comments:

Post a Comment