the true wnaz

the true wnaz

Thursday, September 2, 2010

SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF



SOALAN OBJEKTIF

· Perlukan pelajar menulis atau memilih 1 jawapan yang betul atau paling baik.
· Dibentuk daripada beberapa bentuk item objektif yang boleh diperiksa secara objektif.
· Contoh ujian objektif :
i. Item jawapan pendek
ii. Item jenis padanan
iii. Item jenis aneka pilihan
iv. Kloz
· Item objektif terbahagi kepada 2 :
a) Item respon bebas (sumbangan)
b) Item respon tetap (objektif pilihan)
- Item aneka pilihan
- Salaptor


A] Item respon bebas (sumbangan)
- Perlukan calon teliti soalan dan tulis jawapan sendiri pada ruang yg disediakan.
- Biasanya jawapan ditulis dihujung soalan / dalam kotak yang disediakan.

B] item respon tetap (objektif pilihan)
- Perlukan pelajar pilih jawapan yang paling betul / tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada 2 atau lebih pilihan,
- Bilangan padanan tidak terlalu banyak.
i. Item aneka pilihan
Ø Tergolong dalam item tetap kerana memberikan tindak balas terbatas.
Ø Jenis2 item aneka pilihan :
a) Berbentuk soalan
b) Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
c) Jenis jawapan terbaik
d) Analogi
e) Antonim
f) Jenis negatif
g) Mengisi tempat kosong
h) Jenis cantuman
i) Teknik kloz

Ø Terdiri daripada 3 bahagian :
i. Stimulus (rangsangan)
§ bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan.
ii. Stam
§ Bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
iii. Jawapan pilihan
§ Bahagian soalan yg biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah, jadual dll.



SOALAN SUBJEKTIF

  • Def : satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
  • Terbahagi kpd 2 jenis :
    a) Struktur
    b) Esei

    A] Struktur
  • Disusun dan diatur secara sistematik
  • Terbentuk daripada 1 atau 2 bahagian – jawapan ada beberapa patah perkataan.

    B] Esei
  • Gerak balas dalam tulisan dengan guna perkataan sendiri
  • Boleh ukur peringkat kognitif yg tinggi
  • Tindak balas yang diberikan bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.

    Prinsip
    i. Perlu semak sukatan pelajaran sebelum soalan dihasilkan.
    ii. Arahan mesti jelas
    iii. Soalan ditulis secara padat dan jelas
    § Jenis2 soalan esei :
    a) Item tindak balas terhad (TBT)
    - Membataskan isi dan bentuk tindak balas
    - Dihadkan kepada had dan topik tertentu
    - Berupaya mengukur aras kognitif
    b) Item tindak balas lanjutan (TBL)
    - Memerlukan pelajar berfikir dgn lebih lagi

No comments:

Post a Comment