the true wnaz

the true wnaz

Wednesday, September 29, 2010

Penilaian Melalui Pemerhatian


Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.

Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.

1. Fahami asas kepada pemerhatian

    • menyedari keadaan sekeliling
    • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
    • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
    • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan

    • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
    • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
    • membuat pelan sampel
    • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
    • melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;

  • tahap efisien pembelajaran mereka
  • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
  • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

No comments:

Post a Comment